Followers

Thursday, 5 January 2012

Songlap

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Mohd. Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
 
 
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sarah Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Download link akan dimasukan sebentar lagi...

Angry Bird Rio V1.1.0 With Crack

Bagi peminat-peminat Angry Bird, leh download kat sini. Terdapat Key Gen untuk Generate Password

Download

Tuesday, 3 January 2012

Vanilla Cokelat


Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain. Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela. Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing².

Selepas itu, apakah yang akan berlaku ? Adakah mereka akan jatuh cinta ataupun terus membenci diantara satu sama lain dan seterusnya memutuskan untuk bercerai ? Jadi sekiranya anda ingin menetahui kebenarannya. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini yang akan dipaparkan bermula pada setiap hari selasa pukul 9 malam telah bermula 20 December .


Episod 1 - 20 Dec 2011 
Episod 2 - 27 Dec 2011 
Episod 3 - 03 Jan 2012 

Monday, 2 January 2012

Gemersik Kalbu



Drama Gemersik Kalbu

Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok. Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.
Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana.

Gemersik Kalbu Drama adaptasi daripada novel tulisan Anis Ayuni

 Download


Ombak Rindu


Filem yang di adaptasikan dari Novel Fauziah Ashari mengisahkan mengenai  IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Part 1 of 5 (200Mb) 
Part 2 of 5 (200Mb) 
Part 3 of 5 (200Mb) 
Part 4 of 5 (200Mb) 
Part 5 of 5 (131.47Mb) 






Bagaimana nak join files ??


Jatuh Cinta (TV3)


Telemovie Istimewa Tahun Baru -Jatuh Cinta Pukul 9.00 mlm  di TV3. Kisah seorang Bapa (Fahrin Ahmad sbg Badrul) berkahawin dengan wanita muda (Eina Azman sbg Manisah) yang sebaya dengan anaknya (Eyka Farhana sbg Tasya).

Download 



Sunday, 1 January 2012

Bagaimana Untuk Join File

Kebanyakan File-file yang besar akan dipecahkan kepada beberapa bahagian. Oleh itu untuk join semula file berkenaan, gunakan Software HjSplit.

Download Hjsplit

Untuk join file-file yang telah di download, pastikan download semua bahagian.